Pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu adalah waktu untuk BN membalas jasa PH yang membantu calon Umno pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana PKR, Amanah dan DAP telah memberi sokongan kepada calon Umno pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan parlimen Kemaman.