Sebuah pusat hiburan di Kuala lumpur terbakar selepas dilempar dengan bom petrol, awal pagi semalam.
Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat berhampiran premis terbabit tular di media sosial hari ini.
Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.