Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak mengganggu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan mengemukakan cadangan kemasukan pelajar bukan Bumiputera.
Akmal berkata, pihaknya berpegang teguh dengan pendirian kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa UiTM yang menjadi sebahagian hak keistimewaan Melayu serta Bumiputera, tidak sesekali di sentuh pihak lain.
Sumber video: https://www.facebook.com/m.akmalsaleh/videos/1812156185931102