Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) berperanan sebagai pelengkap dan nilai tambah dalam usaha menyantuni rakyat, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Justeru beliau berkata fungsi JKDM tidak bertindih dengan tugas yang diperuntukkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
Sumber Video:https://www.youtube.com/watch?v=PCsB6TAXhlg