Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan yang tersebar kononnya gabungan itu menghalang empat individu berkempen pada PRK Dun Nenggiri tidak lebih sekadar surat layang.
Berita Harian melaporkan Zahid berkata, pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang boleh membantu kempen bagi memenangkan calon mewakili parti itu di Nenggiri.
Satu hantaran di Facebook BN menafikan gabungan itu mengeluarkan kenyataan tersebut dan menganggap ia mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan.