Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menerusi hantaran di platform X, Tengku Zafrul menjelaskan kementeriannya ada mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla, Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan namun bukan melibatkan perkara itu.