Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan memanggil ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin dalam masa terdekat.
Ini selepas lelaki itu didakwa melakukan satu ritual di lokasi wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan Ibrahim itu menimbulkan kegelisahan awam dan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.
Nota: Suara latar daripada AI