Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan pendirian jelas bahawa sesiapa pun yang menyinggung isu 3R iaitu agama, kaum dan bangsa tidak akan terlepas.
Akmal yang mengecam keras pemimpin DAP Teresa Kok dalam isu sijil halal berkata demikian ketika ditanya berkaitan kenyataan Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng yang bernada sama.