Anwar mengumumkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperluaskan dan dijadikan lebih progresif bermula 1 Mei tahun depan.
Bagaimanapun, dia memberi jaminan bahawa cukai ini tidak akan membebankan rakyat, dengan cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barang keperluan, tetapi lebih tertumpu kepada barangan import premium seperti salmon dan avokado.
Anwar juga mengumumkan kerajaan akan mengenakan cukai dividen ke atas individu bagi dividen yang melebihi RM100,000.