Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.
ATM dalam kenyataan semalam mengesahkan kejadian itu melibatkan pelajar kadet yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap pada dada sehingga meninggalkan kesan lecur.