Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Bung Mokhtar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad untuk mereka membela diri dalam kes rasuah bernilai RM2.8 juta berkaitan pelaburan amanah saham.
Bung dalam jawapan ringkasnya berkata tiada masalah ketika ditemui media sejurus selepas keputusan tersebut di Putrajaya, hari ini.