Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa segera menangkap dan mendakwa individu tertentu yang didakwa sengaja menggugat ketenteraman awam serta keharmonian di negara ini.
RSN Rayer (PH-Jelutong) berkata kelewatan bertindak hanya akan memungkinkan berlaku lebih banyak kebencian dan insiden yang tidak diingini, termasuk menghasut.
Antara individu yang disebut Rayer ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
“Saya meminta polis memberi penekanan dalam menjaga ketenteraman awam di negara kita kerana baru-baru ini banyak sangat kejadian yang boleh mengugat ketenteraman negara kita yang aman dan damai.
Sumber video: https://www.youtube.com/live/Vb29j3DI8Xo