Pemuda PAS Pulau Pinang akan menganggap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi gemar "kelentong" sekiranya Ahmad Zahid gagal mendedahkan nama empat ahli parlimen PN yang didakwanya memujuk parti itu meninggalkan kerajaan.
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ibrahim Ani berkata pihaknya meragui kebenaran kata-kata Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid pada 24 Nov lalu mendakwa dia didatangi pihak tertentu yang memujuk agar dia membawa BN meninggalkan kerajaan perpaduan bagi membentuk jajaran baru politik.