Pengasas FashionValet Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu.
Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Hakim Rosli membenarkan Vivy dan Fadzaruddin masing-masing dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan. Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 22 Januari depan.