Anak Najib Razak, Nizar memfailkan afidavit yang mengesahkan bahawa Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberitahunya tentang kewujudan titah addendum.
Titah addendum itu bagi membolehkan bekas perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam bentuk tahanan rumah.
Afidavit itu difailkan awal hari ini sebelum perbicaraan Mahkamah Rayuan petang ini mengenai rayuan Najib.