Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul mempertahankan keputusannya menggantung Awang Hashim (PN-Pendang) selama 10 hari dari sidang Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
Katanya, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dengan merujuk Awang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, sebaliknya hanya mahu dia memohon maaf namun ia tidak berlaku.
Terdahulu, Awang digantung kerana didakwa menghina Johari menerusi satu video di TikTok dengan menuduh Speaker zalim.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=d0xESZwTOBQ