Dewan Rakyat menyaksikan pertikaian antara Speaker Johari Abdul dan Che Muhammad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) semasa sesi soal jawab Perdana Menteri.
Johari enggan memberikan laluan kepada Zulkifly untuk bertanyakan soalan kerana dia seharusnya berbincang dengan Ketua Whip Pembangkang memandangkan beberapa ahli parlimen pembangkang sudah diberi laluan untuk soalan tambahan.
Tambah Johari, soalan ahli parlimen PN itu juga tidak berkaitan dengan isu yang disoal oleh Takiyuddin Hassan (PN-Kota Baru).
Sumber video: https://www.youtube.com/live/hy07ki8a7_o