Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, enggan memberi sebarang bayangan mengenai alasan dia meletakkan jawatan sebagai Bendahari Agung PN.
Sebaliknya dia yang juga Menteri Besar Terengganu memberitahu, kenyataan akan dibuat apabila tiba masa yang sesuai.
Semalam, Ahmad Samsuri melepaskan jawatan sebagai Bendahari Agung PN dan pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan PAS Pusat.