Keputusan PAS melancarkan tabung "derma jihad" bagi membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad membayar saman fitnah disifatkan sebagai memberi gambaran bahawa parti itu “menghalalkan” fitnah.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata ia juga satu strategi PAS untuk mensensasikan isu berkenaan bagi meraih simpati rakyat.