Pakar mata Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa dia berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Berita pemergian Dr Ahmad Shukri dikongsikan Anwar menerusi hantaran di akaun media sosialnya malam tadi.
Dalam perkongsian itu, perdana menteri berkata Dr Ahmad Shukri antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya dia mencederakan diri sendiri ketika dalam tahanan polis.