Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, telah dibebaskan daripada tahanan reman di lokap polis Sabah dan dihantar kembali ke Semenanjung.
Dia sebelum ini ditahan pada petang Isnin untuk disiasat berhubung karikatur satiranya terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman.
Fahmi mendakwa tiket penerbangannya untuk pulang ke KLIA ditaja oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah.