Kenaikan gaji penjawat awam menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan pelancaran Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) antara beberapa pencapaian awal yang dikecapi menerusi agenda reformasi perkhidmatan awam hingga kini.
Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata kejayaan reformasi agenda perkhidmatan yang lain termasuklah Deklarasi Kuala Lumpur – Tekad Bersama Perkhidmatan Awam pada 24 Nov tahun lepas.
Sumber video: https://www.facebook.com/mta.rtm/videos/970345051752456/