Satu lagi perhimpunan anti-rasuah sedang dirancang untuk menunjukkan tekad mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Penyelaras gerakan Gempur Rasuah Sabah Muhamad Fadhil Muhamad Kasim memberitahu Malaysiakini penganjur perhimpunan itu tidak gentar dengan ancaman saman RM5 juta oleh kumpulan pro-kerajaan negeri.