Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis Rozaimi Ramle berkata ceramah Zakir Naik di Kangar baru-baru ini sudah mendapat kebenaran daripada Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.
Sementara itu, dalam satu kenyaataan hari ini Asri berkata beliau bersedia untuk bertempur dengan DAP selepas terdapat ahli parlimen DAP mempersoalkan program yang dianjurkan olehnya.
Semalam, ahli parlimen DAP RSN Rayer membangkitkan tindakan pendakwah yang dikehendaki kerajaan India sejak 2016 itu dikatakan berceramah dalam satu program di Perlis.