Duta Malaysia ke Amerika Nazri Aziz yang akan menamatkan tugasnya mengecam pengkritik yang menyasarkannya susulan gambarnya memegang poster “Make America Great Again" atau singkatannya 'Maga', memetik bantahan Malaysia terhadap dasar Presiden AS Donald Trump baru-baru ini.
Bercakap kepada Malaysiakini, Nazri menegaskan tiada kesan diplomatik terhadap tindakannya semasa menghadiri perhimpunan sempena kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden bulan lalu, bersama isterinya Haflin Saiful yang berkongsi gambar mereka di Instagram.