Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan kenderaan elektrik yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan sebagai hadiah kepada negara.
Semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, Anwar berkata beliau akan memulangkan hadiah itu kepada negara apabila beliau tidak lagi memegang jawatan.
Kenderaan berjenama TOGG keluaran Turkiye itu diterimanya baru-baru ini sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua negara.
Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/485809781023830