Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul menyingkap kembali pengalaman getir ketika memilih untuk mengikut jalur perjuangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa era reformasi.
Dia juga penah menjadi peniaga di pasar malam selama dua tahun, malah Isterinya, Noraini Mohd pernah menemaninya untuk mengutip sayur di Pasar Borong Selayang.
Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu menyampaikan ucapan ketika program Siswa Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Insititut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur hari ini.
Anwar dipecat oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1998, lalu membuka episod polemik kepada politik negara sehingga dapat menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 2022.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=ulVp0Ko1agY