Nasib orang Melayu di bandar bakal menjadi seperti abu di atas tunggul.
Ini sekiranya Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) diluluskan, kata bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Noh Omar.
Beliau mendakwa, terdapat usaha menyingkirkan Melayu di bandar secara halus dengan mewujudkan akta berkenaan.