Bekas ahli parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata peranan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh tidak mencerminkan keseluruhan parti.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu, Nazri berkata ini kerana suara pemuda Umno hanya mewakili satu daripada empat sayap utama Umno.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas tanggapannya terhadap Akmal yang sering mengambil pendirian lebih keras berbanding Zahid dalam beberapa isu yang menjejaskan hubungan dengan parti dalam kerajaan, terutamanya DAP.