Empat pegawai Ismail Sabri Yaakob dilaporkan ditahan SPRM dalam siasatan rasuah berhubung kontrak berkaitan promosi konsep "Keluarga Malaysia".
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan kepada Malaysiakini.
Azam secara ringkas mengesahkan penahanan berkenaan berhubung siasatan kempen Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Ismail Sabri pada Ogos 2021.