Menteri Sumber Manusia Steven Sim hari ini berjanji untuk memberikan pecahan gaji yang dibayar kepada eksekutif tertinggi tiga agensi di bawah kementeriannya untuk pengetahuan awam.
Menjelaskan isu tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Sim berkata, penetapan gaji eksekutif terbabit ditetapkan sebelum dia menyertai Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) pada pertengahan Dis 2023.
Sebelum itu RSN Ayer (PH-Jelutong) mencelah dengan membangkitkan isu gaji diterima pegawai tertinggi tiga agensi di bawah Kesuma iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan Talent Corp Malaysia Berhad (TalentCorp).