Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menuduh anak-anaknya memiliki kekayaan bernilai RM1.2 bilion.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, angka tersebut tidak tepat dan ia merupakan gabungan aset dua anaknya, Mirzan dan Mokhzani.
Menurut Dr Mahathir, SPRM telah menjelaskan bahawa harta kekayaan milik Mirzan berjumlah RM120 juta dan Mokhzani RM316 juta.
Katanya, jika dijumlah kedua-dua aset mereka ialah RM 436 juta.