Kementerian Kewangan mengesahkan, terdapat kes tertentu menunjukkan kos rawatan lebih tinggi dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan (GL), berbanding pesakit membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian (pay-and-claim).
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata ia berdasarkan kajian dibuat ke atas bil tuntutan hospital swasta kepada pihak syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO).
Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan perbezaan caj hospital swasta mengikut bayar dahulu dan tuntut kemudian dan surat jaminan.