Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor mengarahkan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) untuk menarik balik kenyataan yang tersasul merujuk kepada janji semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-16.
Kenyataan Zulkifly itu menyebabkan beberapa ahli parlimen kerajaan bangkit dan menyatakan bahawa ahli parlimen pembangkang itu telah mengelirukan dewan.
Ramli secara bersahaja menyatakan bahawa PRU 16 belum terjadi dan akan bermula dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Sumber video: https://www.youtube.com/live/okLsd4_boM4