Tiga penyampai Era FM hadir ke kuil Batu Caves bagi memohon maaf atas tindakan mereka yang mempersendakan ritual kavadi semasa perayaan Thaipusam.
Mereka bertemu dengan ahli jawatankuasa kuil itu, Sivakumar Nadarajah.
Namun, Sivakumar yang juga Bendahari Agung MIC menegaskan beberapa kali bahawa apa yang dilakukan oleh mereka bertiga adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan tindakan perlu diambil.