Pendakwah bebas, Zamri Vinoth menegaskan dia tidak pernah menghina penganut Hindu kerana hanya menyatakan dengan “fakta dan kebenaran”.
Katanya tiada mahkamah yang telah mengeluarkan keputusan bahawa penulisannya di media sosial itu menghina mana-mana agama.
Semalam, Ahli Parlimen DAP RSN Rayer menggesa pihak berkuasa untuk segera menahan Zamri dengan menyifatkan dia ancaman serius terhadap keselamatan dan keharmonian negara.