Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bertindak menanggalkan pintu rumah pangsa kos rendah di Lobak.
Ini susulan kegagalan penyewa yang gagal membayar sewa bulanan RM150 sejak bertahun-tahun sehingga menyebabkan tunggakan menjadi puluhan ribu ringgit.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, MBS berkata operasi di Lobak tertumpu kepada enam penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000.00 hingga RM34,000.00.