'Albert' nama yang disebut oleh bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya semalam bagi menamakan individu menjadi pemberi maklumat mendedahkan skandal rasuah Sabah.
Latheefa tidak menggunakan nama penuh Albert bagi melindungi keselamatan keluarganya.
Beberapa jam kemudian, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mendedahkan nama keluarganya kepada media pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.
Namun, bapa kepada dua anak itu tetap tidak terpengaruh, enggan memikirkan sama ada ia disengajakan atau tidak.