Tiga tahun lalu, dalam debat dengan Najib Razak, ketua pembangkang ketika itu Anwar Ibrahim mengkritik cadangan kerajaan untuk selamatkan Sapura Energy Bhd yang dikelilingi hutang.
Dia berhujah bahawa sebarang perbincangan mengenai pakej penyelamatan hanya boleh dilakukan selepas audit forensik ke atas Sapura dijalankan.
Kini bergelar perdana menteri dan menteri kewangan, Anwar telah memberikan Sapura Energy talian hayat RM1.1 bilion.