Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merasmikan majlis pecah tanah dan peletakan batu asas bagi pembinaan Masjid MADANI di tanah wakaf milik syarikat tekstil, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) di tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.
Perasmian itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini bahawa keperluan membina rumah ibadat umat Islam itu adalah bagi menampung kapasiti masjid dan surau sedia ada yang semakin sesak di kawasan berkenaan.