Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan bahawa ibu bapa dan masalah yang berlaku di rumah antara faktor utama menyumbang kepada berleluasanya perilaku buli dalam kalangan pelajar.
Justeru, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi beliau, Asyraf menegaskan agar semua pihak tidak hanya menunding jari serta menyalahkan pelajar atau guru semata-mata.