Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Mohamed Nazri Aziz memaklumkan bahawa ketika era pentadbiran Bekas Perdana Menteri ke-5, Abdullah Ahmad Badawi, nama Nazri pernah terpalit dengan isu rasuah.
Namun, setelah disiasat tuduhan tersebut tidak benar, kemudian pada tahun 2004 Nazri telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang tahun sekaligus membersihkan nama beliau apabila didapati tidak bersalah.
Nazri yang juga bekas Menteri Undang-Undang berkata demikian dalam satu sesi podcast ‘Explain Sikit, Kini’ yang akan disiarkan penuh bermula esok 16 April 2025.