Setiausaha Agung Pakatan Harapan Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa beliau belum membuat sebarang ketetapan sama ada akan mencabar Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR.
Bekas Setiausaha Agung PKR itu berkata, walaupun ada pihak yang menyebut mengenai perkara tersebut, namun tiada keputusan dibuat ke arah itu.
Kata Menteri Dalam Negeri itu, ada beberapa proses perlu dititikberatkan sebelum membuat sebarang ketetapan.