Nurul Izzah Anwar menyifatkan agenda reformasi yang diperjuangkan ayahnya sejak penubuhan PKR yang kini menginjak usia 26 tahun, belum lagi terkubur.
Menurut Nurul Izzah yang terkenal dengan gelaran 'Puteri Reformasi', beliau mengakui perjuangan melaksanakan reformasi mengundang kritikan dan ejekan sesetengah pihak dengan melabel sebagai 'reformati' atau 'reforbasi'.
Naib Presiden PKR itu menegaskan bahawa agenda reformasi masih hidup walaupun ia memerlukan kesabaran dan ketabahan untuk direalisasikan sepenuhnya.