Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin tampil menjelaskan dia tidak mengenakan sebarang bayaran kepada kerajaan bagi persembahannya semasa sambutan Hari Raya Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.
Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Siti menjelaskan kehadirannya ke majlis itu adalah sebagai tetamu, bukan artis yang diundang secara rasmi untuk menjayakan persembahan.
Jelasnya, dia menyanyi kerana mahu menghargai warga KKM dan dengan rela hati tidak mengenakan bayaran.