Setakat jam 9 pagi, sebanyak 8.16 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terdahulu, SPR menyasarkan lebih 70 peratus pengundi akan keluar mengundi sepanjang hari ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ramlan Harun, menasihatkan pengundi supaya keluar awal memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.