Bekas timbalan speaker Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad, tampil membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap rakaman audio yang tular.
Audio itu didakwa mengaitkan Mohamad Ali dalam konspirasi politik sehingga menyebabkan dirinya ditangkap SPRM, baru-baru ini.
Mohamad Ali, yang juga bekas timbalan pengerusi Umno Melaka, turut mendakwa secara terbuka bahawa suara dalam rakaman tersebut adalah milik Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.