Bakal presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Thiruna-vukarasu memaklumkan, kira-kira 30 peratus doktor di Malaysia tergolong dalam kategori B40, bercanggah dengan tanggapan umum bahawa doktor adalah golongan kaya.
Ujarnya walaupun masyarakat melihat pengamal perubatan sebagai kaya, hakikatnya sebilangan besar daripada mereka merupakan golongan berpendapatan rendah, berdasarkan kajian yang dijalankan pada 2018 melibatkan 1,800 orang doktor.