Nurul Izzah Anwar, di mata Hassan Abdul Karim, merupakan “penyelamat” PKR daripada mendapat seorang timbalan presiden yang “tidak sesuai”.
Hassan berkata dia sememangnya menentang amalan kronisme, namun Nurul Izzah memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang menginginkan pemimpin matang.
Menurut ahli parlimen Pasir Gudang itu, Nurul Izzah tidak boleh dinafikan haknya untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden hanya kerana dia anak Anwar Ibrahim yang kini menjadi perdana menteri merangkap Presiden PKR.