Pemberi maklumat mengenai skandal rasuah di Sabah berkata, ketika dia membuat keputusan untuk mendedahkan video-video berkaitan, ada yang memuji tindakannya sebagai berani, manakala yang lain pula menganggapnya gila.
Dalam satu wawancara bersama bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim, ahli perniagaan dikenali sebagai Albert itu menyifatkan tindakannya sebagai satu perbuatan terdesak.